Seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dari Henan terpaksa menjalani pembedahan mata selepas dia ditampar sebanyak 40 kali oleh rakan-rakan sekelasnya di atas arahan guru kerana gagal menyiapkan kerja rumah.Guru tersebut mengarahkan agar dia ditampar dengan alasan untuk membantunya untuk lebih maju di dalam kelas.
“Sesiapa yang menamparnya paling kuat akan mendapat hadiah”, kata guru tersebut kepada para pelajarnya.
Menurut mangsa, “Selepas ditampar, guru tersebut memaksa saya melakukan tekan tubi , dan tidak membenarkan saya makan tengah hari. Kemudian pada malam harinya, saya mendapati bahawa saya tidak dapat melihat dengan betul menggunakan mata kiri saya.”
Ibu pelajar lelaki tersebut telah menelefon pengetua sekolah rendah berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku. Pihak doktor juga telah memberitahu mata anaknya mungkin tidak akan sembuh. Pihak sekolah juga telah memberikan sebanyak 30,000 yuan ( RM16,000 ) sebagai pampasan tetapi telah habis digunakan untuk membayar wang pembedahan mata anaknya. Kini pengetua sekolah berkenaan telah ditahan pihak berkuasa. – Nandu.com