Kanak-kanak berusia 7 tahun ini bersekolah di Sekolah Kafa Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang, Selangor. Kerana kesusahan hidup yang dialaminya menyebabkan kanak-kanak ini terpaksa membayar yuran sekolah menggunakan duit syiling. Datuk kanak-kanak, Nurkhatijah membayar yuran sekolah menggunakan duit syiling RM64 kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Melihatkan kepayahan hidup yang dialami kanak-kanak itu, guru di sekolah terus ‘topup’ bayaran yuran sebanyak RM175. Untuk pengetahuan semua, Nurkhatijah sudah kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa pula dipenjara kerana masalah dadah, jadi dia tinggal bersama datuk dan nenek. Nenek hanya bekerja sebagai cleaner, datuk tidak sihat untuk bekerja mencari rezeki dan hanya mengharapkan bantuan daripada PERKESO sebanyak RM350.00. Keluarga ini juga sudah banyak kali memohon bantuan zakat tetapi langsung tidak dilayan jadi bantuan tidak disalurkan kepada mereka.
Di sini, kami ingin update berkaitan sumbangan bantuan boleh dibuat ke Ustazah Khadijah Bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut), boleh berhubung terus dengan Ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon akan di-update kemudian, kami akan cuba cari sumber yang boleh dipercayai.
- Nama sek: Sek Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang
- Nama cikgu: Ustazah Khadijah Bt Alang Abd Shukur
- Nama pelajar: Nurkhatijah Bt. Abdullah
- No acc mbb cikgu: 158024762835 (maybank) ( KHADIJAH BINTI ALANG )