Sebentar tadi, satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Mahameru menghala ke arah Jalan Tun Razak. Tanah runtuh ini berlaku di sekitar jalan berhadapan Wisma Tani/PWTC. Jalan Mahameru yang menuju ke arah PWTC telah ditutup sepenuhnya untuk proses pembersihan jalan, dan buat masa ini lencongan jalan diarahkan ke Jalan Parlimen dan Jalan Duta. Pengguna jalanraya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif kerana dijangka kesesakan lalu lintas akan berlaku dan proses pembersihan mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 jam.
Tanah runtuh ini akan turut menjejaskan laluan trafik di
– Jalan Duta di kedua-dua arah diantara Jalan Damansara & Istana Negara
– Jalan Istana dari arah tanah perkuburan Cina
– Jalan Parlimen dari Kota Raya melalui Jalan Tun Perak
– di kedua-dua arah di Jalan Tun Salehhuddin,
– di kedua-dua arah di sepanjang Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu
Tahun lepas, Jalan Mahameru turut mengalami kejadian tanah runtuh.
Keadaan hujan yang lebat melanda Kuala Lumpur juga dijangka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan-kawasan lain.
Info selanjutnya akan dikemaskini nanti.
Sumber: Twitter & Facebook