Pada hujung minggu lepas, akhbar Metro Ahad telah menyiarkan artikel mengenai pelakon handalan iaitu Nur Fazura yang telah ditawarkan menjadi pengacara rancangan kewanitaan iaitu Nona musim depan. Pengacara sebelum ini adalah Neelofa yang kini sedang menyambung pelajaran di Amerika Syarikat. Akhbar Berita Harian hari ini mengeluarkan artikel mengenai Fazura yang telah menolak pelawaan daripada Penerbit Eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Fazura sebelum ini memulakan kareernya menjadi seorang pengacara pada tahun 2004 untuk rancangan remaja Teens World. Selain itu juga beliau pernah mengacara rancangan Pop TV ( 2004 ), MTV Jus ( 2005-2007 ) dan juga Anak Wayang ( 2009 ).
Fazura dilihat sesuai menjadi pengacara Nona kerana kredibilitinya di dalam bidang fesyen dan juga sebelum ini menjadi penulis undangan di dalam sebuah akhbar tempatan yang mengupas pelbagai isu menarik. Sayang apabila Fazura menolak tawaran Nona. Tapi mungkin untuk masa akan datang, siapa tahu Fazura bakal menjadi hos rancangan televisyen berbentuk kewanitaan lain? Selamat maju jaya Faz!
Sumber : Berita Harian