Kenzo Paris telah mengeluarkan koleksi terkini inspirasi Paris dan juga California yang diberi nama Kenzo KALIFORNIA. Dua pengarah kreatif jenama fesyen Perancis yang terkemuka itu, Humberto Leon dan Carol Lim telah dibesarkan di selatan California dan ini merupakan salah satu inspirasi terbesar koleksi Kenzo Kalifornia.
Beg ini mempunyai perincian zip di bahagian depan dengan pemegang zip yang mempunyai signature logo KENZO. Selain itu juga, terdapat 3 butang untuk menampakkan lagi sisi maskulin beg serta tali pemegang yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian si pemakai.
Untuk musim bunga tahun ini, koleksi Kenzo Kalifornia telah didatangkan dengan pelbagai motif dan fabrik seperti Tie-Dye, Beach Knit, motif ombak dan juga warna terang yang sesuai dipakai pada musim bunga dan panas. Bagi yang menggemari beg yang lebih nampak ranggi, anda boleh memilih Kenzo Kalifornia berwarna hitam dari fabrik kulit. Koleksi ini boleh didapati mulai Februari depan di Kenzo.com, butik Kenzo di seluruh dunia.