Model transgender berasal dari Bangladesh merasakan dirinya sangat cantik dan mahu orang ramai lebih-lebih lagi masyarakat Bangladesh menghormati saya dan keputusan untuk memasuki pertandingan Miss World. Amelia Maltepe atau nama lelakinya Adesh berpindah ke Toronto untuk melanjutkan pelajaran dan tahun 2012 dia telah menanam implan payu dara. Kini, Adesh menetap bersama teman lelakinya yang juga pelatih peribadinya sebagai model sebelum menyertai Miss World.
Nama Adesh secara tiba-tiba popular apabila dia telah mencetuskan kontroversi bergambar seksi di dalam sebuah akhbar tempatan, Toronto Sun. Selepas rahsianya diketahui ramai, satu petisyen melalui dalam talian telah dibuka kepada orang awam oleh pembaca akhbar tersebut yang marah dan mahu model pondan diharamkan di akhbar. Adesh melahirkan rasa kecewa dengan setiap komen dalam surat khabar.
Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama Islam yang kuat, Adesh berkata dia terperangkap dalam badan seorang lelaki yang bukan miliknya.
“Saya berbeza dengan kanak-kanak lelaki lain namun di Bangladesh, kami tidak membincangkan perkara itu. Saya selalu mencuba pakaian ibu saya dan mengenakan alat soleknya ketika dia keluar,” katanya.
Menurut Adesh pada awalnya keluarga tidak dapat menerima keadaan dirinya sehingga sanggup memutuskan hubungan tetapi kini hubungan mereka beransur baik dan dapat menerima keputusannya. Lebih banyak gambar di SINI