Kepada semua peminat Salamiah Hassan! Penyanyi lagenda Salamiah Hassan bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan pada 10, 11 dan 12 Januari ini.
Konsert ini merupakan cetusan idea daripada sahabat baik Salamiah sendiri iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman yang juga penerbit Konsert Gelombang Salamiah Hassan. Menurut Salamiah Hassan, beliau sangat teruja tetapi dalam waktu yang sama gementar untuk menjayakan konsert solo pertamanya ini. Apa yang menarik lagi selain persembahan nyanyian oleh Salamiah Hassan, sepanjang konsert ini juga penyanyi lagenda itu juga akan turut melelong beberapa barangan milik peribadinya secara ekslusif. Wang hasil kutipan lelongan itu bakal disalurkan kepada badan kebajikan haiwan, SPCA.
Tiket untuk menyaksikan konsert Salamiah Hassan berharga RM350, RM300, RM250, RM200, RM150 dan RM80. Dapatkan di Ticket2U.Biz sekarang atau terus ke kaunter Box Office Istana Budaya.
Semalam, penulis menghadiri sesi pra-tonton Konsert Gelombang Salamiah Hassan dan apa yang boleh penulis katakan penyanyi tetap anggun walau usia sudah mencecah 63 tahun. Suka sangat!