Masyarakat kita memang gemarkan makanan yang dibakar seperti BBQ tidak kiralah ikan bakar, ayam bakar mahupun daging bakar. Ada juga yang gemarkan jagung bakar kerana rasanya yang enak dan bau yang menyelerakan. Tetapi bagaimana kesannya terhadap kesihatan ?
Ada pendapat yang menyatakan bahawa makanan yang dibakar boleh menyebabkan kanser , terutama kanser pangkreas . Salah satu penyebabnya adalah dua zat yang terdapat dalam daging atau makanan yang dibakar . Yang pertama adalah zat carcinogen , dan yang kedua adalah heterocylic amines ( HCAs ) yang muncul apabila protein dibakar pada suhu tinggi .
Zat Polycylic aromatic hydrocarbon ( PAHs ) membuat lemak jatuh pada api di atas pemanggang dan menjadi asap . Apabila asap beredar di antara daging , zat tersebut akan menyerap pada apapun yang anda panggang dan makan. Namun jangan panik kerana ada cara untuk membuat makanan yang anda panggang lebih sihat.
Pertama , potonglah daging lebih tipis , dan pastikan dengan sedikit kandungan lemak sehingga semakin sedikit minyak lemak yang menitis ke atas pemanggang. Ikan dan ayam juga lebih sedikit mengandungi asid amino yang menghasilkan HCA , selain itu pastikan mengupas kulit ayam yang dipanggang untuk mengurangkan risiko.
Kedua , memasak lebih dulu sebelum dibakar , sehingga waktu yang dibakar lebih pendek . Contohnya ayam yang akan dibakar boleh direbus dengan rempah lebih dulu hingga setengah masak dan kemudian dibakar .
Ketiga , merendam dengan rempah apa-apa yang anda akan panggang boleh mengurangkan risiko , kerana dapat menurunkan kadar heterocyclic amines.
Empat , lebih sering membolak – balik daging atau makanan yang anda bakar. Jangan lupa pastikan alat panggangan anda bersih dari arang sebelum digunakan. Menjaga kebersihan juga mengurangkan risiko arang yang masuk ke tubuh kita