Seorang wakil dari Infant Jesus Siter telah menghantar notis kepada pengetua sebuah sekolah convent di Pulau Pinang untuk mengeluarkan tulisan jawi daripada papan tanda sekolah berkenaan. Alasan beliau adalah ianya bukan menjadi praktis di sekolah mubaligh terutamanya mempelajari bahasa Jawi dan ianya tidak dibenarkan oleh Mubaligh sekolah ( Mission School ). Selain itu juga menurut wanita tersebut Sr. Celina Wong, sekolah itu tidak menggunakan bahasa Jawi di dalam pembelajaran mereka dan bahasa rasmi yang digunakan di sekolah itu adalah bahasa Melayu dan Inggeris.
Menurut Celina lagi, Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam merupakan sekolah mubaligh dan bukanlah sekolah harian kerajaan. Jadi terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan ianya berbeza dengan sekolah harian biasa. Bukan itu sahaja, dia juga meminta pihak sekolah memberitahu pemilik tanah jika ada sebarang pengubahsuaian bangunan sekolah.
Sebelum ini, tindakan menggantikan papan tanda bertulisan jawi di pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (PFS) dengan papan tanda tulisan rumi bahasa Inggeris bagi meraikan ulang tahun ke-200 sekolah tersebut juga dikecam. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya tulisan Jawi itu hanyalah tulisan yang menggunakan huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.