Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonalds, Pizza Hut, Domino Pizza dan banyak lagi tidak dibenarkan menggaji pekerja asing. Hal ini diumumkan sendiri oleh Kementerian Dalam Negeri. Keputusan tersebut memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja.
Kementerian itu bertindak sebagai urusetia bagi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut kenyataan itu, didapati bahawa ramai penduduk setempat masih berminat untuk bekerja di kedai makanan segera.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati kebanyakkan pengurus restoran makanan segera melahirkan rasa kecewa dan menyatakan sebab kenapa mereka tidak mahu menggajikan orang tempatan bekerja. Waktu kerja yang panjang, gaji yang rendah dan banyak melakukan kerja berat, ini adalah antara isu yang dibangkitkan oleh warga tempatan mengakui mereka menjauhkan diri dari industri perkhidmatan, memaksa pengusaha restoran untuk mengupah warga asing.
Seorang pengurus outlet Subway di Kuala Lumpur, berkata rakyat Malaysia sangat memilih dan terlalu dimanjakan. Mereka terlalu mendesak dan sukar untuk bekerja, sambil menambah warga asing tidak mendatangkan banyak masalah. Malah, kebanyakkan pekerja tempatan sering merungut setiap kali disuruh melakukan kerja tambahan.
Seorang lagi pengurus menceritakan pengalaman bekerja dengan pekerja tempatan, ada yang ‘hilang’ selepas satu jam di tempat kerja manakala ada pula tidak kembali selepas rehat tengah hari.
Jika peraturan baru itu berkuat kuasa, ia akan menyusahkan beberapa pertubuhan dalam industri kerana ia akan menjadi sukar mencari rakyat Malaysia bagi menggantikan pekerja asing. Kami akan terperangkap dalam dilema jika dasar itu diperkenalkan. Menurut pengurus lagi, ia adalah mudah untuk membuat keputusan di bilik mesyuarat tetapi lebih baik jika pembuat keputusan menghabiskan masa memerhatikan bagaimana kami bekerja sebelum datang dengan keputusan baru.