Anda pasti mengenali pelakon Liza Abdullah, pelakon yang sentiasa cemerlang melakonkan apa watak sekalipun dan juga yang sentiasa awet muda. Berita baru yang didengar tentang pelakon ini agak kurang enak didengar, iyelah secara tiba-tiba pelakon ini memfailkan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat. Hurmmm…
Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu. Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan. Hasil perkahwinannya dengan suami sudah mencecah usia 26 tahun dan sudah dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Sedih pula baca berita perceraian, sayangnya sudah 26 tahun berkahwin tetapi kalau dah setakat situ saja, redha sajalah… Apapun diharap pelakon ini terus tabah dalam meneruskan kehidupan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. 🙂 – mystar