Dilaporkan dari dailymail, pelakon Anne Hathaway dilihat menjerit meminta bantuan ketika terperangkap di lautan di luar pantai Oahu, Hawaii pada Rabu lalu. Anne dilihatkan menjerit-mulutnya jerit meminta tolong, tangan terkapai-kapai di udara – keadaan seperti dia terperangkap di tengah lautan ketika sedang berenang.
Kejadian panik tersebut bermula apabila Anne dilihat ke dalam laut untuk berenang, tetapi arus terlalu kuat, dia dilihat bergelut dalam ombak, tangan terkapai-kapai ke udara, badannya hanyut ke dalam air -hanya menampakkan muka sahaja. Keadaan itu menyebabkan Anne menjerit bantuan apabila air mula kuat menghentam dirinya. Mujur suaminya Adam Shulman menyelamatkan Anne.