Pernah tak anda terfikir untuk masuk ke dalam sebuah cafe yang menyediakan biskut, teh dan kopi serta WiFi tanpa had? Tetapi anda perlu membayar mengikut masa yang anda luangkan iaitu dengan membayar harga setiap minit berada di situ. Cafe unik ini diberi nama Ziferblat, yang bermaksud muka jam di dalam bahasa Russia, mengecaj pelanggan 3P ( RM2.00 ) untuk setiap minit.
Apabila pelanggan masuk ke dalam cafe yang terletak di timur London itu, mereka mengambil jam dari almari dan menyimpannya sehingga mereka meninggalkan cafe tersebut. Mereka kemudian membuat kopi mereka sendiri atau menyediakan makanan – dan kadang-kadang mencuci pinggan mereka sendiri.
Cafe ini telah terbukti popular di negara asal mereka iaitu Rusia, di mana pemilik Ziferblat itu, Ivan Mitin, memiliki sembilan cawangan lain dengan lebih 30,000 pelanggan sebulan.