Melalui gambar sahaja sudah menunjukkan ianya merupakan satu percubaan penyeludupan pelik berlaku di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico apabila pemeriksa mendapati seorang wanita Thailand dalam sebuah beg bagasi. Ya! Wanita Thai sanggup berada dalam beg bagasi semata-mata untuk masuk ke Amerika Syarikat. Tapi sayang penyeludupannya tidak berjaya.
Pegawai kastam menjelaskan wanita berusia 48 tahun iaitu Pornkamol Mongkolsermsak dari Bangkok disembunyikan di dalam beg bagasi di belakang kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki Phoenix berusia 56 tahun.
Jurucakap Customs and Border Protection, Victor Brabble mengatakan wanita tersebut dihantar pulang dan tidak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat. – via