“Banyaknya update pasal anak dia kat Facebook” , mungkin omelan ini kedengaran agak ‘normal’ bagi anda yang berumur 20an ke atas yang mempunyai ramai sahabat atau saudara yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak di laman sosial Facebook. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh VoucherCodesPro.co.uk, lebih daripada 67% ibu bapa kanak-kanak dan bayi di UK mengemaskini status Facebook khusus mengenai anak-anak mereka atau kehidupan keluarga.
Seramai 2,204 ibu bapa dari UK dengan sekurang-kurangnya seorang anak yang berumur sepuluh tahun dan di bawah telah ditinjau semasa kajian itu, dan semua peserta mengesahkan bahawa mereka adalah pengguna aktif Facebook. Peserta pada mulanya diberikan soalan berapa kerap mereka menulis status, maklumat terkini dan gambar-gambar mengenai / anak-anak mereka di Facebook.
Lebih daripada separuh (56%) daripada ibu bapa mengakui mereka melakukan perkara ini sekurang-kurangnya setiap minggu, dan 28% daripada mereka melakukannya pada setiap bulan. Hanya 8% daripada mereka berkata tidak pernah berkongsi status yang hanya memberi tumpuan kepada anak-anak mereka. Apabila mereka ditanya, 83% daripada mereka berkata ia adalah untuk privasi dan keselamatan supaya mereka boleh melindungi anak-anak mereka. Sebaliknya, 67% daripada ibu bapa yang mengambil bahagian di dalam tinjauan ini mengakui mereka hanya memuatnaik status Facebook mengenai topik keibubapaan atau yang berkaitan.
Apabila ditanya adakah mereka pernah terfikir bahawa aktiviti media sosial mereka mungkin mempunyai kesan ke atas anak-anak mereka dan menyebabkan mereka malu pada kemudian hari dalam kehidupan, 51% daripada ibu bapa mengakui bahawa mereka telah memikirkan mengenai hal itu, dengan majoriti ibu bapa (66% ) mengakui bahawa mereka akan berhenti mengemaskini status mengenai anak-anak jika anak-anak mereka meminta mereka berbuat demikian.
Selain itu, ibu bapa yang ditinjau mengakui mereka menghantar status untuk bermegah tentang pencapaian mereka dan anak mereka. Tetapi yang menghairankan, ramai ibubapa iaitu lebih 59% mengaku mereka telah menyembunyikan atau unfriend rakan Facebook yang tidak henti-henti memuatnaik status tentang anak-anak mereka.
Antara muatnaik status terkini ibu bapa muda ini adalah :
1. Memuatnaik status mengenai pencapaian mereka dan anak mereka (perkembangan anak, memenangi pertandingan, anugerah sekolah dan lain-lain) – 53%
2. Kemaskini biasa pada setiap hari (apa yang anak makan / anak ke tandas / anak bercakap mengenai hal lucu dan pelbagai lagi , pokok pangkalnya semua berkaitan dengan anak ) – 46%
3. Soalan dan juga sokongan serta kata-kata nasihat daripada ibu bapa lain di Facebook – 42%
4. Gambar-gambar atau video kanak-kanak untuk dokumentasi dalam pelbagai peringkat sejak zaman kanak-kanak – 36%
5. Menggunakan kumpulan keibubapaan / notis untuk menjual barang-barang yang tidak diingini dan mencari tawaran murah – 23%
Rasanya tinjauan ini bukan sahaja mengenai ibubapa bukan hanya di UK, malah di Malaysia dan juga serata dunia sama walaupun tidak ada tinjauan dilakukan. Tetapi anda mempunyai pilihan untuk tidak membaca status mereka dengan pilihan ‘hide status’ di Facebook ataupun unfriend sahaja mereka.
– VIA