Ramai sungguh selebriti Malaysia yang keluarkan produk kecantikan, sebelum ini penyanyi cantik gebu Adira telah keluarkan produk kecantikan Adira Whitening Facial & Body Soap. Kini giliran pelakon cantik Intan Ladyana pula mengelurkan produk kecantikan dan kesihatan ‘LAMERA’. Menurut temu bual dengan Sinar Harian, Intan tidak mahu bergantung sepenuhnya dalam bidang lakonan jadi mengambil langkah memulakan bidang perniagaan, dia kini bergelar usahawan produk kecantikan dan kesihatan.
Menurut Intan selaku pengasas bersama dan duta produk, Lamera dihasilkan menggunakan bahan organik sepenuhnya dari Switzerland berfungsi memulihkan kulit dari kerosakan akibatkan sinar UV matahari dan debu. Selain itu, Lamera juga berfungsi menghilangkan garis halus, memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan keguguran rambut. Intan jelaskan lagi, produk ini bagus untuk kesihatan tulang, sendi, rambut, kuku dan juga bibir. Produk Lamera kini boleh didapati di stokis-stokis dan butik atau beli secara online di Facebook Lamera.Official.Fanpage dengan harga RM149 sekotak.