Sebelum ini banyak kita dengar gossip percintaan antara pengarah hebat, Syamsul Yusof dengan pelakon cantik Puteri Sarah di dada akhbar mahupun internet, mereka berdua tidak mengakui akan perkara tersebut dan menyatakan hanya berkawan baik sahaja. Malah, gossip percintaan mereka ini juga memberi kesan kepada bekas teman lelaki Puteri Sarah, Ammar Alfian yang berperang besar dengan Syamsul Yusof di laman twitter.
Ternyata gossip percintaan antara Syamsul dan Puteri Sarah benar kerana keluarga Syamsul telah masuk merisik Puteri Sarah baru-baru ini. Mengikut perancangan, mereka berdua bakal dinikahkan bulan Februari ini. Wahhh! Tahniah daripada kami. Malah, perkara baik ini telah disahkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail :
Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah. Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu. Syamsul berkata sepanjang berdoa di Mekah, dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu. Sekembalinya dari Umrah, Syamsul menyatakan hasratnya. Saya lihat juga Puteri Sarah seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga. – Mstar Online