Baru-baru ini di portal berita BBC iaitu sebuah portal penyiaran berita yang terkenal di seluruh dunia menyiarkan mengenai kontroversi ‘kangkung‘ yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak berpusat di England selepas tersebarnya video Youtube Dato’ Seri Najib yang mengumumkan penurunan harga sayur kangkung. Ekoran dengan artikel yang dikeluarkan oleh BBC itu, boleh dikatakan seluruh dunia mengetahui yang rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan penurunan harga sayuran yang bukan menjadi makanan ruji rakyat Malaysia.
Banyak lawak sinis yang dibuat oleh rakyat di laman sosial seperti Facebook dan juga Youtube. Mereka membidas balik apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkaitan penurunan harga kangkung.
Secara umumnya, Kangkung juga dikenali sebagai water spinach, morning glory dan Chinese spinach, harganya murah dan tumbuh meliar di tepi sungai, sawah padi, parit, tidak dianggap sebagai makanan ruji. Malah, tak perlu beli pun hanya kutip di tepi parit atau sawah saja. Jadi, sejurus selepas video Perdana Menteri dimuat naik, terdapat banyak komen, sindiran dan jenaka sinis mula menjadi perbualan hangat oleh pengguna media sosial Malaysia. Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka Kangkung dan juga sebuah Facebook Page ‘Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai. Malah, ada t-shirt khas Kangkung ‘Keep Calm and Eat Kangkung’ yang mula dijual kepada umum. – VIA
Jom tengok antara lawak, sindiran, komen, Youtube parody tentang KANGKUNG