Aplikasi telefon pintar mengenai pembedahan kecantikan dan sedut lemak ( liposuction ) dan menjadikan watak kartun lebih ‘langsing dan cantik’ khas untuk kanak-kanak mengundang kemarahan orang awam terutamanya ibu bapa. Satu kempen di media sosial Twitter @EverydaySexism iaitu sebuah kumpulan hak asasi wanita supaya aplikasi itu dikeluarkan dari senarai muat turun aplikasi App Store dan Google Play dan kempen yang disertai beribu-ribu pengguna Twitter itu berjaya.
Aplikasi, yang boleh dimuat turun dari iTunes Apple dan Google Play itu mengarahkan kanak-kanak semuda sembilan untuk melakukan pembedahan plastik pada imej seorang wanita yang mempunyai ‘berat badan berlebihan sehingga tiada sebarang diet boleh membantunya’. Aplikasi pembedahan plastik ini dianggarkan telah dimuat turun di antara 500,000 dan 1 juta kali.