Kebanyakkan sneakers yang dijual di gedung membeli belah agak mahal, susah nak dapat sneakers dengan harga berpatutan. Kalau boleh ingin dapatkan sneakers berkualiti dengan harga yang berpatutan. Menerusi laman web Polyvore, kami dapat kongsikan beberapa sneakers yang boleh dikatakan agak berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang.
Bukan itu sahaja, rata-rata wanita mahupun remaja perempuan sangat menggemari sneakers, mereka padankan sneakers dengan pelbagai gaya, tidak kiralah anda mengenakan hijab atau tidak, sneakers sangat sesuai dan nampak stailo. Lagi satu yang menarik tentang sneakers ialah ianya sangat selesa berbanding dengan kasut tumit tinggi atau pelbagai jenis kasut lain yang anda pakai. Tips wanista, bila anda pakai sneakers tolonglah pakai stokin – takut kaki anda berpeluh lalu mengeluarkan bau kurang enak.