Siapa Lupita Nyong’o? Wanita yang merupakan seorang pelakon dan pengarah filem berketurunan Kenya ini dilahirkan Mexico . Dia membuat penampilan sulung untuk filem “12 Years a Slave” yang dicalonkan untuk pelbagai anugerah termasuklah Golden Globe. Ibu dan bapanya adalah Dorothy dan Peter Anyang ‘Nyong’o, seorang ahli politik. Peter merupakan bekas Menteri Perkhidmatan Perubatan Kenya dan telah dipilih pada tahun 2013 untuk mewakili Kisumu County di Kenya. Sepupunya Isis Nyong’o telah dinamakan sebagai salah seorang wanita Afrika yang paling berkuasa oleh majalah Forbes pada tahun 2012.
Nyong’o telah menyertai ujibakat untuk filem “12 Years a Slave” selepas tamat pengajian dari Yale pada tahun 2012. dan filem ini dikeluarkan pada tahun 2013 dengan pujian kritis besar. Nyong’o menerima respons hangat untuk prestasi lakonan beliau, dan telah dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Terbaik dan dua Anugerah Screen Actors Guild termasuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Bintang filem “12 Years a Slave” Lupita Nyong’o dinobatkan pemenang ‘Today’s best dress’ Anugerah Golden Globe baru-baru ini di mana beliau menggayakan gaun merah menyala dari Ralph Lauren yang menakjubkan. Lebih daripada 30,000 undian telah diberikan oleh orang awam manakala Cate Blanchett dan Kerry Washington di tempat kedua dan ketiga. Gaun eksklusif yang dipakai Lupita boleh dibeli di dengan harga $7000 ( RM21,000 ). Pelakon yang dicalonkan di dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik kelihatan sungguh glamor lengkap dengan permata dari Fred Leighton dan sepatu runcing tona warna garang.
Beliau tampil dengan fesyen warna-warna berani yang serasi dengan tona kulit gelap dan wanita berumur 31 tahun ini sering mendapat tumpuan di semua majlis yang dihadirinya.