Zaman teknologi serba canggih ini semua perkara boleh dilakukan secara online termasuklah juga meniaga. Salah satu yang sedang popular ialah perkihdmatan kek perkahwinan mahupun pertunangan yang menggunakan Facebook sebagai tapak untuk menjual dan mempromosikan barangan mereka. Terlalu banyak yang menyediakan perkhidmatan tempahan kek dan kadang-kala kita sendiri keliru yang mana baik dan yang mana kurang baik. Jadi, kami kongsikan antara akuan Facebook yang membuat tempahan kek kahwin yang boleh anda ikuti. Jangan rambang mata semua!!
AnisBakery.net menawarkan pelbagai produk bakeri, wedding gift, door gift semuanya secara eksklusif online. Harga yang dikenakan untuk tempahan mengikut kepada rekaan kek dan saiz yang dimahukan. Setiap tempahan kek berbeza-beza. Anda hanya perlu like Facebook mereka dan dari situ boleh terus berhubung dengan pemilik AnisBakery.net. Rata-rata yang komen di laman Facebook mereka berpuas hati dengan khidmat, harga juga boleh dirunding dan yang penting rasa sedap. Yang terkini, AnisBakery.net mendapat liputan daripada Majalah Rasa.
2. Kek Afrina
Kek Afrina menawarkan pelbagai jenis kek untuk tempahan dan juga yang sudah sedia siap, juga mempunyai kelas belajar membuat kek dan dekorasi kek. Sesiapa yang berminat boleh hubungi pemilik 019-623 3479 ataupun berkunjung ke alamat No. 105 block A, Jalan PJS3/55, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Malaysia.
3. Tempahan kek kahwin dan muffin
Istimewanya tempahan kek kahwin dan muffin ini ialah menyediakan dekorasi kek mengikut reka bentuk pelanggan dan harganya juga berpatutan. Menyediakan penghantaran kek ke rumah di sekitar kawasan lembah klang. Mereka juga menerima tempahan kek untuk perkahwinan, pertunangan, harijadi, majlis rasmi dan biskut raya. Tempahan seboleh-bolehnya hendaklah dibuat tidak kurang daripada 7 hari. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi: Win 012-6559240 atau email: win_latif@yahoo.com.
5. Zee Helena
Semua kek di Zee Helena adalah kek buatan sendiri, menerima tempahan untuk perkahwinan, pertunangan, juga hari jadi. Anda boleh berikan idea serta rekaan juga dekorasi yang anda mahukan kepada mereka, mereka akan cuba realisasikan impian anda. Harga dan caj penghantaran bergantung kepada masa, lokasi dan juga tarikh. Jika berminat, anda boleh terus ke Facebook rasmi mereka.
6.Kek4u – Homemade Cakes and Chocolate
Kami menawarkan perkhidmatan mereka bentuk kek hari jadi kanak-kanak, pertunangan, perkahwinan dan untuk pelbagai majlis yang lain. Produk lain: edible image printing.
pretty small bakery menyediakan perkhidmatan seperti tempahan kek, cupcake, brownies, cookies, dan pelbagai lagi sesuai dengan acara yang anda jalankan. Inginkan tempahan boleh dibuat menerusi laman Facebook atau hubungi 019-285 8131.
Membuat tempahan kek dan coklat. Servis penghantaran petrol dan tol akan dikenakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Pertanyaan boleh ke laman web rasmi idazddapoq – Blogger atau hubungi ke 013 2518370.
Menjual kek buatan tangan mengikut kos yang anda tetapkan sendiri. Kepakaran mereka ialah membuat kek memenuhi citarasa pelanggan dengan resepi-resepi hebat. Juga menerima tempahan kek untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hari jadi dan juga majlis lain.
10. Cupcakes Confetti by Anita Masitah
Salah seorang rakan penulis pernah ambil tempahan kek di sini dan ternyata ianya berbaloi kerana mempunyai pelbagai rekaan yang disediakan mahupun rekaan anda sendiri. Rekaan mereka juga sangat klasik dan moden. Untuk tempahan mudah sahaja, hanya email ke cupcakesconfetti@yahoo.com atau sms ke 012-9136654. Bukan itu sahaja, mereka juga sediakan kelas dekorasi kek bagi sesiapa yang berminat. Anda boleh layari facebook rasmi mereka dan lihat pelbagai pilihan menarik dan kreatif.