Jenama Coach meneruskan momentum sebagai jenama gaya hidup global musim bunga tahun 2014 dengan gaya kontemporari dan seni jahitan halus di dalam koleksi terkini mereka. Koleksi ini memperkenalkan palet warna teras vachetta , mahogany hitam dan kaya dengan warna ‘pop’ musim ini agar kelihatan ultrachic.
Silhouettes berjalur
Beg Borough yang membuat kemunculan sulung pada musim luruh lalu , akan diperluaskan lagi pada musim ini dengan rekaan menggunakan warna menyegarkan ,dengan trend silhouettes berjalur. Kini ia boleh didapati dalam warna musim bunga segar seperti vermillion, walnut, coklat ( camel ) dan kelabu. Beg ini direka dengan 3 saiz berbeza dan 2 corak baru iaitu Highrise dan Preston Satchel.
Patchwork
Teknik sambungan kulit diangkat ke tahap yang seterusnya dengan reka bentuk campuran rekaan kulit yang menarik.
Edge Paint
Garis halus dilihat di seluruh pra- musim bunga terus berkembang dengan pengenalan cat tepi. Coach menawarkan lapan saiz yang berbeza untuk beg Borough, rekaan terkini Coach akan menampilkan kelim yang menggunakan warna putih dengan potongan menakjubkan. Georgie Satchel dan Preston Satchel juga akan menampilkan perincian cat tepi dalam pelbagai warna.
Gingham
Beg tote dari fabrik kanvas akan mempunyai trim dari kulit dan tampil dengan pelbagai corak unik. East West Tote, North South Tote dan Mini North South Tote akan menggunakan potongan beg dengan corak yang lebih berstruktur.
Gaya Utama Coach Musim Bunga 2014
Bonded Tote diperkenalkan musim bunga ini dimana beg tote diangkat ke tahap yang baharu dari segi penggunaan fabriknya. Gaya yang ketara termasuk corak sisik ular, kulit buaya dan cicak timbul menambahkan lagi elegan si pemakai. Beg ini boleh didapati dalam dua saiz dengan beg yang lebih kecil Mini North/South Tote disertakan dengan tali laras kedua untuk fungsi beg yang lebih versatil. Koleksi Sadie kembali musim bunga ini dengan warna hitam dan putih dan menawarkan Graphic Print Sadie dan Tone Python Sadie.
Beg mudah pakai Convertible Shoulder Bag, tampil beg dengan fungsi serba boleh yang sesuai untuk wanita pelbagai tugas. Kulit pada beg juga akan menjadi lebih mewah dan lembut dari masa ke masa untuk melengkapkan gaya elegan yang indah.
Beg Soft Satchel pula tampil dengan 3 saiz berbeza dengan potongan bersih serta warna yang sesuai untuk wanita yang lebih dewasa. Sling Bag dan XL Sling Bag juga sesuai bagi mereka yang sibuk dan sentiasa on-the-go.