Daripada raut wajah dan gayanya mesti anda rasakan si empunya diri ini adalah lelaki. Nampak macho! Tetapi model yang dikenali sebagai Yachen Xing berusia 23 tahun ini merupakan seorang perempuan. Yachen Xing menjadi salah satu topik paling hangat di laman web, Weibo – sosial media persis Twitter versi China. Dia popular kerana mencapai kerjayaan dalam bidang permodelan lelaki.
Dalam setiap gambarnya, dia berpakaian seperti lelaki dan gaya rambut juga menampakkan imej lelaki, dia juga mengajuk gaya lelaki. Yachen sedang belajar dalam bidang seni animasi di Agriculture and Forestry University & School of Arts. Yachen mempunyai ketinggian 173 sentimeter membolehkannya mewakili pasukan bola keranjang di sekolahnya. Bukan itu sahaja, gayanya seperti model membantu dia melangkah kerjayaan dalam bidang peragaan. – VIA