Menurut fakta dari Biro Jenayah Kebangsaan India yang melaporkan setiap 20 minit seorang wanita atau remaja di India dirogol. Dan yang terbaru ialah kes melibatkan seorang pelancong Denmark menjadi mangsa terbaru serangan seksual berkumpulan di India. Mangsa yang sudah lanjut usia, 50 tahun dilaporkan sedang mencari jalan kembali ke bilik hotelnya di Paharganj, mangsa sesat ketika ingin mencari jalan pulang ke hotel.
Wanita 50 tahun terbabit melancong bersendirian dan tiba di New Delhi pada Isnin lalu. Sehari kemudian dia pergi melawat sebuah muzium apabila dia tersesat ketika pulang.
Jurucakap polis berkata, mangsa cuba bertanya arah kepada beberapa lelaki tempatan tetapi diperdaya dan dirogol beramai-ramai oleh enam lelaki. Katanya, kejadian dilaporkan berlaku di tempat yang sangat hampir dengan pusat bandar New Delhi dan sekali lagi menimbulkan tanda tanya mengenai tahap keselamatan wanita di negara yang mempunyai penduduk kedua teramai dunia itu. Sejumlah susupek sudah ditahan bagi membantu siasatan, jumlah tangkapan tidak diberitahu.
Katanya, mangsa turut dirompak, barang seperti wang tunai, ipad dan juga telefon bimbit diambilnya. Sementara itu pekerja hotel tempat mangsa menginap berkata, wanita terbabit kelihatan tenang ketika pulang ke hotel kira-kira jam 8.30 malam tetapi memberitahu tentang kejadian berkenaan kepada pelancong lain. Sumber: 1, 2