Semua wanita ingin kelihatan cantik dan pelbagai cara digunakan tidak kira cepat atau lambat, mahal ataupun murah untuk kelihatan muda dan berseri. Ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik dan suntikan kecantikan untuk kelihatan menawan dalam masa yang singkat tetapi ada pembedahan kecantikan yang berisiko dan boleh mendatangkan kemudaratan dan cacat sepanjang hayat. 9 dalam setiap 10 operasi pembedahan kosmetik kini yang melibatkan sama ada pengisi ( filler ) atau Botox, yang kini pantas menjadi sebahagian rutin rejim kecantikan wanita dan lelaki.
Seorang ibu kepada 4 orang anak yang menjalani rawatan kecantikan filler telah menerima padah apabila wajahnya penuh dengan ketulan dan benjol. Wanita tersebut, Stacey Hohn, telah menjalani satu prosedur suntikan kekal untuk mencantikkan bibir dengan bayaran sekitar RM3,500 dan hasilnya amat mengerikan serta dia terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang filler pada bibir yang mungkin akan memberi kesan kecacatan sepanjang hayatnya . Bagi wanita di luar sana, jika anda ingin mendapatkan rawatan kecantikan seperti pembedahan kosmetik, pastikan anda mendapatkan rawatan dari pakar kulit bertauliah dan juga anda mesti ambil tahu mengenai produk yang digunakan kerana setiap manusia mempunyai alergi yang berbeza-beza terhadap ubat yang disuntik ke dalam badan.