Kami ingin berkongsi gambar dan info menarik mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji di Mumbai India yang telah diubahsuai dan melalui fasa penambahbaikan yang menelan belanja hampir $2bilion ( RM6bilion ) .
Antara maklumat menarik terminal baharu – T2 termasuk :
- Peningkatan dalam kapasiti pengendalian penumpang 32juta-40juta orang setiap tahun.
- Peningkatan kapasiti parkir pesawat kepada lebih daripada 100 ruang.
- Air sungai Mithi mengalir di bawah landasan yang telah dibina semula.
- Ia mempunyai 188 kaunter daftar masuk, 72 meja imigresen di balai ketibaan (dari 40), 60 meja imigresen di balai berlepas (dari 38), 52 pintu perlepasan (dari 20), 10,900 tempat duduk, 161 Lif, eskalator dan pejalan kaki bergerak, 16 lounge , sebuah hotel harian, hotel transit, dan 10 karusel bagasi dan 102 tandas.
- Ia mempunyai lebih daripada 7000 karya seni dari dalam dan sekitar India di laluan sepanjang 3.2km.
- Dengan keluasan 4.4 juta kaki persegi, ia adalah salah satu daripada lapangan terbang terbesar di dunia.
- Reka bentuk terminal itu diilhamkan daripada burung kebangsaan India, merak oleh Skidmore, Owings & Merrill, arkitek yang berpusat di Chicago yang terlibat di dalam pembinaan Burj Khalifa di Dubai.
Gambar lapangan terbang Chhatrapati Shivaji Mumbai sebelum diubah suai