Bila lihat penampilan penyanyi yang mempunyai gaya rambut kerinting kembang, Hafiz Suip atau Hafiz AF ramai yang bertanya perihal dirinya nampak sangat kurus berbanding sebelum ini. Boleh dikatakan susuk tubuhnya kelihatan agak susut dan lemah. Ada yang mengaitkan dirinya kurus kerana sakit terkena buatan orang tetapi Hafiz menafikan semua itu dan mengakui dirinya baru sembuh daripada demam yang dihidapi sejak dua minggu lalu. Hai, mana pula datang cerita kena buatan orang pula ni…Hurmmm
“Jangan risau, saya tidak sakit kerana terkena sihir buatan orang, Alhamdulillah semuanya itu tidak berlaku pada saya. Mungkin salah satu faktor saya kurus adalah saya baru sembuh daripada demam teruk sejak dua minggu lalu. Sakit tahun baru katakan,” ujar Hafiz berseloroh.
Menurut Hafiz lagi sekarang dia sedang giat ke gimnasium untuk menguruskan badan bagi menyingkirkan lemak dan menambahkan lagi stamina. Maklumlah tugas memerlukan diri entiasa bertenaga dan kekal sihat sentiasa. Bila badan dah makin susut, rasa ringan dan lebih berkeyakinan.