Agoda.com, laman tempahan hotel terkemuka di Asia telah mengumumkan kerjasama dengan Singapore Airlines akan memberikan para pelanggan akses segera kepada inventori hotel Agoda.com di seluruh dunia.
Kerjasama ini merupakan langkah seterusnya yang penting bagi kedua-dua syarikat. Walaupun sebelum ini hanya menawarkan promosi kepada ahli-ahli KrisFlyer, program penerbang kerap Singapore Airlines, kerjasama yang dipertingkatkan ini sekarang membenarkan semua para pelanggan Singapore Airlines untuk menikmati akses kepada inventori hotel global Agoda.com. Ahli-ahli KrisFlyer akan mendapat kelebihan tambahan menerusi kerjasama ini dengan mendapat mata ganjaran KrisFlyer melalui setiap tempahan hotel. Tempahan boleh dibuat menerusi laman tempahan khas di www.agoda.com/singaporeair.
Bukan itu sahaja, sebagai promosi istimewa, pada bulan Februari, ahli-ahli KrisFlyer akan mendapat mata ganjaran berganda bagi setiap tempahan hotel yang dibuat menerusi laman tempahan yang ditetapkan.