Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Timber’ , Kesha telah dimasukkan ke pusat pemulihan di luar Chicago pada 3 Januari lepas kerana gangguan makan anoreksia dan bulimia. Ibu Kesha ,Pebe Seber , mendedahkan anak perempuannya yang berusia 26 tahun beliau ‘ hampir mati ‘ akibat daripada gangguan makan. Para doktor memberitahu tekanan darah Kesha dan natrium di dalam badannya begitu rendah seperti seseorang yang mengalami serangan jantung atau strok. Masalah pemakanan Kesha disebabkan pengurusannya yang telah menekan Kesha untuk menguruskan badan dan menafikan khabar angin bahawa anaknya sedang dirawat untuk ketagihan alkohol.
Baru-baru ini Kesha telah meminta bantuan rakannya untuk memuatnaik status terkini di laman sosial Twitter dan menyampaikan rasa terima kasih kepada peminatnya dan beliau dijangka keluar dari pusat pemulihan awal bulan depan.
Sebelum ini penyanyi yang berimej liar ini dikaitkan dengan pembedahan plastik untuk mencantikkan wajahnya.