Setiap hari ada sahaja berita pelik yang berlaku di China. Yang terbaru penduduk di China dilihat menjemur daging salai babi di tingkap rumah. Nampaknya mereka tidak memerlukan ruang yang luas untuk menjemurnya sebaliknya mencukupi dengan menyidai di luar tingkat flat rumah mereka.
Tanpa mempedulikan tahap kebersihannya, penduduk di situ menggunakan cara mudah itu menyidainya. Atau mungkin mereka mahu menggunakan teknik ‘asap’ untuk mengeringkannya iaitu asap semulajadi daripada asap kereta dan pembakaran. Tahap pencemaran di bandar-bandar besar di China kini semakin teruk selepas kerajaannya mengabaikan aspek perlindungan alam sekitar demi membangunkan ekonomi negara itu. – via