Seluar sendat atau legging biasanya dipakai oleh wanita, akan tetapi sejak tahun 2012, lelaki kini mempunyai seluar sendat khas untuk mereka yang dinamakan ‘MEGGING’. Megging merupakan gabungan perkataan ‘Men+Legging’ Malah selebriti seperti Justin Bieber, Russell Brand dan Lenny Kravitz telah menjual produk ‘megging’ di bawah jenama pakaian mereka butik UNIQLO , Barneys dan Nordstrom turutu menjual seluar ketat untuk lelaki ini.
Malahan, ramai lelaki metroseksual mula menukar fesyen skinny jeans kepada megging kerana fabrik lycra atau stretch cotton yang selesa digunakan dan mudah regang. Sebenarnya legging untuk lelaki ini mula dipakai sejak tahun 80-an lagi tetapi warna yang digunakan lebih feminin dan kontra. Jom kita lihat fesyen megging masa kini. Anda berani cuba?