Martin Scorsese dan Leonardo DiCaprio telah diberikan pencalonan sebagai penerbit untuk filem “The Wolf Of Wall Street” dari pihak Akademy manakala Riza Aziz yang merupakan salah seorang penerbit filem itu , yang menerima pencalonan sebelum ini, ditarik balik pencalonannya dalam kategori Oscar Best Picture ( Filem Terbaik ) untuk Anugerah Akademy yang bakal diadakan kelak. Sebelum itu, dua penerbit yang dikreditkan untuk filem itu iaitu Emma Tillinger Koskoff dan Joey McFarland , yang pada awalnya telah dikaji oleh Producers Guild of America (PGA) telah diterima oleh pihak Akademy.
Syarikat produksi milik Aziz , Red Granite , mengeluarkan kenyataan ini selepas pengumuman Akademy itu dibuat : “Kami teruja bahawa pihak Akademy telah mengiktiraf sumbangan yang tidak ternilai Marty , Leo, Joey dan Emma bagi pihak Riza Aziz untuk filem ‘ The Wolf di Wall Street. ‘ dan Red Granite kekal berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada produser filem itu.”
Pada awalnya, panel Producers Guild memutuskan hanya tiga senarai pertama produser yang layak dicalonkan daripada lima produser filem “The Wolf Of Wall Street” – Aziz, Koskoff , McFarland, Scorsese dan DiCaprio – menyebabkan Scorsese dan DiCaprio tidak tersenarai. Tetapi apabila pencalonan Oscar telah diumumkan , pihak panel Akademy telah memutuskan bahawa Scorsese , DiCaprio, McFarland dan Koskoff akan dicalonkan manakala pencalonan Riza telah ditarik balik. Ini merupakan satu perkara yang “sangat jarang berlaku” di dalam kategori Filem Terbaik.
Filem ini kekal dicalonkan di dalam lima kategori di Anugerah Academy tahun ini yang akan diadakan pada 2 Mac, dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (DiCaprio), Pelakon Pembantu Lelaki (Jonah Hill) Adaptasi Lakon Layar Terbaik.