Spekulasi di alam siber mengenai kegoyahan rumahtangga Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sejak berbulan-bulan lalu terjawab apabila sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa Nurul Izzah akan menceraikan suaminya secara fasakh. Nurul Izzah merupakan anak kepada ahli politik Malaysia iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Nurul Izzah dikatakan telah meminta cerai secara Fasakh ( untuk membatalkan perkahwinan itu ) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah. Memetik laporan di The Star, Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan , telah meminta penangguhan dua minggu untuk beliau membuat persediaan.
Kedua-dua Nurul Izzah dan Raja Ahamd Shahrir Iskandar tidak memberi apa-apa komen mengenai isu perceraian tersebut. Pihak The Star Online menghubunginya Nurul Izzah pada jam 11:40 pagi tadi tetapi panggilan tersebut telah dimatikan.
Nurul Izzah Anwar , 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim , 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003 ketika Izzah berusia 23 tahun, dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 7 tahun,Raja Nur Safiyah, dan anak lelaki berumur 4 tahun,Raja Ahmad Harith. Nurul Izzah merupakan MP untuk kawasan Lembah Pantai manakala suaminya bekerja di sebuah bank korporat.
Menurut sumber Wiki :
Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar “Bukit Bintang Boys School” dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu).
Maklumat tambahan terkini
Memetik dari laporan Astro Awani Online
Sementara portal The Malaysian Insider pula melaporkan Nuruh Izzah enggan mengulas lanjut isu berkenaan ketika ditemui Forum Strategi ASLI ke 16 hari ini. Difahamkan sebutan kes penceraian sepatutnya pada 20 Januari lepas (Isnin) namun, Raja Ahmad Shahrir dikatakan memohon supaya sebutan tersebut ditangguhkan selama dua minggu. Raja Ahmad Shahrir dikatakan membantah tuntutan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu. Sebutan kes tersebut akan didengar semula pada 8 Februari depan dan dikatakan tiada persefahaman merupakan alasan yang diberikan oleh Nurul Izzah ketika membuat tuntutan cerai secara fasakh.
Terkini 24 Januari 2014
Surat perjanjian penceraian YB Nurul Izzah dan suami yang disebarkan di laman sosial Facebook