Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar iaitu Sultan negeri Johor telah memecahkan rekod sendiri apabila berjaya di dalam bidaan tender untuk nombor plet kereta W1N dengan harga RM748,000 yang mencatat rekod paling mahal dalam sejarah Malaysia. Pemilik nombor pendaftaran kereta termahal di Malaysia sebelum ini adalah milik baginda iaitu WWW1 yang dibeli dengan harga RM520,000 pada tahun 2012. Sebelum itu juga, pemilik kenderaan MCA1 adalah pemegang rekod bagi kategori nombor pendaftaran kenderaan termahal dengan harga RM300,100.
Jabatan Pengangkutan Jalan membuka tender kepada orang ramai untuk membida nombor plet kereta. Ramai pihak termasuk VIP , sultan, raja-raja, menteri dan ahli perniagaan membida nombor plet kereta yang mereka idamkan. Harga tempahan nombor pendaftaran pula berbeza bermula RM300 sehingga RM10,000. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri.