Sekarang sedang berlangsungnya 56th Grammy Awards, beberapa kategori telah diumumkan. Yang menjadi perhatian ialah penyanyi muda 17 tahun Lorde, kerana baru sahaja memenangi Song of the Year menerusi lagu popularnya, Royal.
Dalam kategori tersebut, Lorde menewaskan nama besar lain seperti Bruno Mars “Locked Out of Heaven,” Katy Perry “Roar,” “Just Give Me a Reason” Pink feat Nate Ruess dan “Same Love” oleh Macklemore & Ryan Lewis feat Mary Lambert.