Cadbury raikan Tahun Baru Cina dengan tayangan video 60 saat yang menyentuh hati di televisyen dan Youtube. Video 60 saat ini berkisarkan kisah sebenar Su Leong, warganegara Malaysia yang tidak dapat pulang ke rumah untuk menyambut Tahun Baru Cina selama beberapa tahun. Ceritanya sangat menyentuh hati kerana keinginan Su Leong untuk bersatu semula dengan keluarganya sempena Tahun Baru Cina.
Musim perayaan sinonim dengan pertemuan, keluarga, habiskan masa bersama, sebagai jenama coklat nombor 1 Malaysia, Cadbury adalah tentang mewujudkan detik-detik kegembiraan. Cadbury mahu mengingatkan rakyat bahawa kegembiraan Tahun Baru Cina adalah dalam membawa orang tersayang bersama-sama untuk berkongsi saat-saat gembira.
Video 60 saat ini kini ditayangkan di saluran televisyen utama, manakala versi penuh boleh dilihat dalam talian di saluran YouTube Cadbury Malaysia www.youtube.com/cadburymsia.