Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang , YB Lee Chin Cheh dipercayai telah meletakkan jawatan dari Dewan Undangan Selangor hari ini dan pengumuman itu dibuat pada sidang media pada pukul 5 petang tadi dan perkara itu disahkan Speaker Hannah Yeoh hari ini.
Ahli politik PKR telah bertemu pemimpin de facto Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 tengah hari dan mengemukakan surat peletakan jawatannya pada pukul 3 petang di pejabat Dewan Undangan Negeri. Peletakan jawatan Lee, yang lebih dikenali sebagai CC Lee dalam PKR, dipercayai berkaitan dengan spekulasi bahawa Anwar sedang merancang untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar perlu menjadi sebahagian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mengambil alih jawatan tertinggi itu.
Pergolakan dalaman PKR Selangor bermula apabila Mohamed Azmin Ali telah digugurkan daripada senarai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwa perancangan kem Abdul Khalid untuk mengurangkan pengaruh Ahli Parlimen Gombak itu menjelang pemilihan PKR tidak lama lagi. Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan semakin tenat apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat semalam dilaporkan memutuskan bahawa Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan sendiri Pengurus Besar PKNS, Othman Omar pada 8 Januari lalu.
Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.
Kemelut ini semakin memuncak apabila Anwar campur tangan dalam isu berkenaan dan mendesak supaya Mohamed Azmin dikekalkan. Tidak lama selepas itu, kerajaan negeri mengumumkan Othman dan Norita dikenakan tindakan tatatertib, sesuatu yang menimbulkan kecaman kepimpinan PKR Selangor.
Hubungan Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sering menjadi tumpuan sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu apabila kedua-duanya dikatakan tidak sebulu, dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan kerusi Menteri Besar.
Sebelum ini, Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan mengancam untuk keluar daripada PKR apabila tidak dilantik sebagai Menteri Besar. VIA