Bukan persalinan pengantin perempuan sahaja perlu diberikan perhatian, busana untuk pengantin lelaki juga harus tampil gah, barulah segak sepadan. Pemilihan pakaian pengantin lelaki yang betul dan bersesuaian dengan pengantin mampu menyerikan kedua pasangan. Kedua-duanya harus sering sejalan. Bila si pengantin perempuan mengenakan busana tradisional maka si pengantin lelaki juga haruslah menyarung busana yang serupa. Cuma kini terdapat pelbagai rekaan baju pengantin lelaki sampai kita yang melihatnya juga pening. Tidak kisah apa gaya sekalipun asalkan anda nampak segak dan selesa, ianya sudah memadai. Ada baju melayu yang jenis teluk belanga, cekak musang lah dan pelbagai lagi.
CONTOH 1 – Perincian butang di bahagian lengan tangan
CONTOH 2 – Fokus rekaan di bahagian bahu
CONTOH 3 – Ada motif lipatan di bahagian dada
CONTOH 4 – Baju melayu biasa
CONTOH 5 – Baju melayu direka persis kot/blazer
CONTOH 6 – Jubah
CONTOH 7 – SUIT/TUXEDO/BLAZER