Apabila Facebook pertama kali dibawa ke dalam dunia internet, ia mewujudkan satu revolusi. Sebab Facebook menjadi begitu popular adalah kerana ianya senang untuk digunakan dan juga hakikat bahawa semua peringkat umur boleh menggunakannya, malah di samping pertemuan dan mencari keluarga, kawan-kawan lama dan juga kawan-kawan baru. Ia juga merupakan satu aplikasi di mana mereka dapat menyiarkan gambar, video dan juga sentiasa terus mengemaskini mesej status. Tetapi kajian baru-baru ini menunjukkan Facebook mungkin kehilangan popularitinya di kalangan remaja. Berikut adalah beberapa sebab mengapa Facebook mungkin kehilangan popularitinya di kalangan pengguna remaja.
Persaingan – Penggunaan aplikasi lain
Terdapat beberapa pesaing Facebook yang serius seperti Instgram, Twitter dan banyak lagi. Remaja merupakan golongan yang suka mencuba dan cepat berubah-ubah, jadi mereka tidak akan fokus pada satu aplikasi sahaja, cuba terokai aplikasi lain. Aplikasi lain lebih menarik jadi remaja mudah beralih.
Remaja cepat bosan
Jika ada satu perkara yang berterusan dan sama dengan semua remaja adalah bahawa mereka bosan dengan mudah. Adalah sukar untuk mereka tertumpu kepada perkara yang sama. Dan mereka sentiasa ingin mencuba dan meneroka dan melainkan jika aplikasi datang dengan sesuatu yang baru setiap hari, mereka cepat untuk mengubah kesetiaan mereka . Facebook juga telah menjadi mangsa kepada sikap remaja.
Remaja tidak mahu berada dalam satu kumpulan yang ibu bapa turut ada
Tidak ada yang dapat memalukan remaja lebih daripada satu komen dari ibu atau bapanya. Remaja suka untuk menunjukkan kehidupan mereka dengan gambar baru setiap jam dan tidak boleh bayangkan berkongsi satu ruang di mana ibu bapa mereka boleh melihat dan mengulas setiap apa yang lakukan.
Sistem ‘privacy setting’ yang makin rumit dan menyusahkan
Privacy setting Facebook sentiasa berubah demi untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan daripada pengiklan dan ini sekaligus mengubah sistem setting untuk dikemas kini. Jadi disebabkan privacy setting sentiasa berubah-ubah boleh memberikan risiko kepada remaja, maklumat mereka mungkin boleh di hack oleh orang sembarangan, aktiviti harian jadi risiko kerana perubahan yang dilakukan pada Facebook.