Satu kajian Amerika Syarikat mendapati yoga mampu memberikan manfaat kepada pesakit kanser payu dara dengan mengurangkan keletihan dan keradangan. Walaupun yoga mempunyai banyak komponen, para penyelidik percaya pernafasan dan meditasi mungkin mempunyai impak besar.
Pada akhir 12 minggu kelas yoga, sekumpulan wanita yang telah menamatkan rawatan kanser payudara, termasuk pembedahan dan radioterapi, menunjukkan pengurangan purata dalam keletihan sebanyak 57% dan sehingga pengurangan 20% dalam keradangan, berbanding dengan pesakit kanser payu dara yang tidak mengamalkan aktiviti yoga.
Para penyelidik juga mendapati wanita yang mengamalkan yoga, lebih baik keputusannya, mereka melaporkan hasil percubaan rawak yang dikawal oleh Journal of Clinical Oncology. Pemimpin Kajian Janice Kiecolt- Glaser, seorang profesor psikiatri dan psikologi di The Ohio State University di Columbus berkata kajian menunjukkan bagaimana beberapa bulan amalan yoga yang sederhana boleh memberikan manfaat kepada pesakit kanser payudara dengan ketara. – via