Warga Putrajaya! Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 kini kembali lagi di Presint 2, Putrajaya pada Mac yang akan datang. Fiesta ini akan berlangsung selama empat hari bermula 27 hingga 30 Mac ini, yang akan menampilkan pertunjukan belon antarabangsa, di samping pelbagai tarikan baru serta acara sampingan. Menariknya fiesta pada tahun ini ialah diadakan kawasan terbuka untuk berkelah – picnic area.
Apa yang menarik dengan PICNIC AREA? Picnic area merupakan acara tambahan sempena fiesta belon pada kali ini, di samping melihat pemandangan di angkasa dipenuhi belon anda boleh menikmati pengalaman baru berkelah beramai-ramai di padang Presint 2, Putrajaya. Cara terbaik untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar, nikmati hujung minggu dengan santai berkelah beramai-ramai menghirup udara segar.
Bukan itu sahaja, pihak penganjur juga turut memperkenalkan set sarapan pra pesanan yang dipanggil ‘Balloon & Breakfast’. Set Balloon & Breakfast hanya boleh didapati seawal jam 6.30 pagi hingga 10 pagi, mempunyai 2 jenis pilihan. Set Balloon & Breakfast boleh didapati untuk pra pesanan melalui laman web rasmi http://www.myballoonfiesta.com/ atau Facebook : Facebook.com/myballoonfiesta