Bila tengok keadaan dalam keretapi memang azab, bayangkan penuh sampah-sarap di setiap ruang dalam keretapi. Sempena cuti Tahun Baru Cina, ramai yang keluar dari bandar pada waktu yang sama, mereka bergerak di seluruh negara pada waktu yang hampir sama, mereka mungkin menaiki kenderaan awam yang sama. Disebabkan itu salah satu pengangkutan awam, keretapi dipenuhi dengan umat manusia yang ramai dan rata-rata langsung tidak mempunyai sivik dan hanya membuang sampah merata-rata sehingga menjadi sarang.