Biasanya, pewangi rumah mempunyai reka bentuk yang ‘tidak-mesra-rumah’ dengan warna yang terlalu terang dan tidak menarik. Tetapi kini, pihak S.C. Johnson mengumumkan pelancaran penyegar udara Glade® Automatik 3-dalam-1, produk terbaru dalam rangkaian wangian kediaman Glade® yang popular dan inovatif. Penyegar udara baharu Glade® Automatik 3-dalam-1 sesuai dengan suasana di dalam rumah kerana reka bentuknya yang kontemporari dan unik.
Produk ini menyembur wangian secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan, menghilangkan bau, dan sesuai sebagai hiasan di rumah. Produk ini berupaya menghilangkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau masakan*, peluh*, bilik air, sampah, kulapuk, dan sebagainya. Selain itu, penyembur automatiknya mempunyai butang penyembur yang dapat memberikan lebih wangian pada bila-bila masa.
5 Pilihan Menarik
Koleksi ini menawarkan lima wangian isian semula – Ocean Escape, Lavender & Vanilla, Pure Spring, Hawaiian Breeze, dan Clean Linen, yang direka untuk menepati keperluan wangian masa kini untuk pelbagai acara dan suasana. Ia juga adalah hiasan versatil yang melengkapkan sebarang dekorasi kerana ia disediakan dalam dua warna nuetral – perang muda dan putih. Reka bentuk berestetika, kesegaran wangian yang mendamaikan serta dua pilihan digabungkan untuk memberi keindahan dan keselesaan kepada kediaman anda.
Petua-petua untuk menghias kediaman anda sempena musim perayaan:
- Cetuskan semangat perayaan dan pastikan semua ahli keluarga terlibat dalam aktiviti menghias kediaman untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan.
- Berikan kediaman anda gaya moden dan serlahkan warna merah kerana ia melambangkan kemakmuran, tenaga dan tuah.
- Tambah tumbuhan perayaan yang segar dalam kediaman anda seperti bunga kertas.
- Kekalkan haruman kesegaran dengan Glade Automatik 3 dalam 1 untuk kesegaran dan gaya yang unik walaupun kediaman dikunjungi pelbagai tetamu.
Harga
Koleksi Glade® Automatik 3-dalam-1 kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga RM24.90 seunit , dan isian semula disediakan dalam lima jenis wangian berharga RM12.90 setiap satu. Isian semula boleh bertahan selama 60 hari dengan penetapan aturan masa 36 minit.