Kisah percintaan mereka sememangnya sangat indah. Mereka telah bersama-sama sejak remaja lagi. Dan sejak isterinya meninggal dunia, si suami habiskan masa berada di sisi isteri selamanya. Si suami Rocky Abalsamo habiskan masanya hampir 20 tahun duduk di sebelah kubur isteri di Boston dan menemani isterinya.
Menurut Rocky Abalsamo, apabila isterinya meninggal dunia pada 20 tahun lalu, sebahagian daripada dirinya juga telah hilang pergi bersama. Isteri Rocky, Julita meninggal dunia akibat komplikasi selepas pembedahan jantung pada tahun 1993. Kesedihan dan rindu membuatkan Rocky nekad untuk melawat kubur isterinya di St Joseph di West Roxbury setiap hari, sepanjang hari, langsung tidak makan dan minum, hanya duduk di situ menemani isterinya tanpa meghiraukan keadaan cuaca dan persekitaran di situ.
Dia sentiasa berada di samping isterinya sehinggalah tanggal 22 Januari lalu ketika usia 97 tahun, Rocky meninggal dunia di Stonehedge Health Care Center, West Roxbury kerana masalah kesihatan. – dailymail.co.uk