Semua tahu yang gambar aksi intim pelakon Nelydia Senrose bersama Sharnaaz Ahmad di laman sosial menerusi adalah untuk mempromosi drama bersiri, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang hangat ditayangkan di saluran Astro Mustika. Gabungan meletup dua pelakon handalan yang memegang watak Mastura dan Jebat ini di dalam drama adaptasi novel ini mengenai kisah cinta dua darjat, si gadis yang kaya raya jatuh hati pada seorang pemuda miskin yang mencari sinar keinsafan.
Akan tetapi gambar intim yang telah dipertontonkan kepada umum itu menyebabkan kekasih Nelydia iaitu Qi Razali tidak senang atau dalam erti katanya cemburu. Qi yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara sepatutnya lebih arif dalam dunia hiburan. Dia juga berkata yang dia kurang senang membaca kapsyen yang ditulis oleh Shaarnaz di ruangan Instagram milik sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan Qi dan juga Nelydia.. Mungkin kerana terlalu intim barangkali.
Kalau teman wanita anda bergambar begini dengan lelaki lain, apa perasaan anda?