Memperkenalkan rangkaian produk penjagaan dan gaya rambut, kini jenama SYOSS memenuhi hasrat orang ramai untuk memiliki rambut yang dicemburui.
Siri SYOSS Hair Care menawarkan rangkaian syampu, perapi dan rawatan dengan tiga produk utama iaitu SYOSS Repair Therapy, SYOSS Moisture Intensive Care dan SYOSS Anti Dandruff Control sebagai penyelesaian kepada masalah penting berkaitan rambut.
SYOSS Baru dengan Pro-Cellium Keratin
Formula yang sangat berkesan dibangunkan khas untuk rambut orang Asia.
Pro-Cellium Keratin: Sebuah formula yang menguatkan gentian rambut dari dalam yang menjadikan rambut cantik ala salun setiap hari seolah-olah didandan oleh pendandan rambut.
Kualiti Wangian
Direka dan diuji secara khusus untuk citarasa Asia oleh pakar-pakar wangian terkemuka dari Jepun:
Wangian lembut dengan haruman bunga dan buah-buahan
SYOSS Repair Therapy bertujuan menangani isu-isu yang dihadapi oleh rambut yang rosak, stres, diwarna atau dikeriting bagi mengembalikan sinar rambut yang sepatutnya. SYOSS Moisture Intensive Care pula bertindak untuk melembapkan rambut yang kering, keriting dan rapuh menjadikannya licin dan sihat manakala SYOSS Anti Dandruff Control terbukti berkesan untuk mengurangkan kelemumur dari pertama kali ia digunakan.
Melangkah keluar dari rumah dengan penuh yakin dan pamerkan gaya rambut anda dengan rangkaian SYOSS Hair Styling. Rangkaian SYOSS Hair Styling terdiri daripada SYOSS Styling Strong Hold, SYOSS Styling Straight & Shine dan SYOSS Styling Curl Control.
Rangkaian Penjagaan dan Penggayaan SYOSS boleh didapati di semua gedung beli-belah utama dan farmasi terpilih. Harga produk-produk tersebut adalah di antara RM9.90 ke RM23.90. Produk runcit SYOSS juga boleh didapati di farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.