Jarang sekali kita pergi membeli belah di seksyen lelaki tapi pernah anda terfikir untuk membeli belah? Bukan beli pakaian untuk pasangan atau ahli keluarga tetapi untuk anda sendiri. Mesti ada yang tak pernah terfikirkan, tapi percayalah pasti akan ada barang yang kamu jumpa dengan citarasa kamu. Malah, penulis kadang-kala pergi ke seksyen lelaki jika ingin cari t-shirt yang besar sesuai dipakai dengan lengging ataupun skinny jeans.
Antara barangan yang mudah kamu suai padan dengan gaya kamu adalah:
Beg Kepit (Clutch)
- Ada sesetengan beg kepit atau clutch lelaki hadir dengan reka bentuk unisex yang mana boleh digayakan oleh kedua-dua jantina. Kalau kamu bijak mencari dan memilih, pasti akan ada beg kepit yang sepadan dengan gaya kamu.
Baju
- Penulis ke seksyen lelaki kerana ingin dapatkan beberapa pakaian lelaki. Penulis akui susah sebenarnya nak menggayakan pakaian lelaki kerana perbezaan potongan bentuk badan pakaian lelaki dengan perempuan. Tetapi jangan lupa yang fesyen baju over-sized tidak pernah tenggelam. T-shirt polos yang bersaiz sedikit besar adalah item yang perlu kamu capai jika terjumpa. Atau, kameja T yang bersaiz paling kecil boleh digayakan dengan tank top begitu sahaja tanpa perlu dibutang.
Topi
- Biasanya pilihan topi lelaki lebih menarik berbanding topi perempuan, jadi tiada sebab untuk kamu tidak menjumpai rekaan topi menarik di seksyen lelaki.
Majalah EH