Isu ‘nasi lemak telanjang’ yang dilontarkan oleh chef terkenal tanahair iaitu Datuk Chef Wan terus menjadi topik perbincangan di internet kerana ramai melahirkan kekecewaan mereka ke atas hidangan yang disediakan oleh pihak syarikat penerbangan Malaysia Airlines untuk kelas ekonomi.
Menurut portal berita Astro Awani, beberapa penumpang telah berkongsi gambar makanan mereka semasa menaiki penerbangan oleh syarikat penerbangan diseluruh dunia di laman web AirlineMeals.net dan hidangan nasi lemak di dalam penerbangan MAS kelihatan amat berbeza dan tidak kelihatan seperti gambar yang dimuat naik di Chef Wan Instagram. Gambar yang dimuat naik di laman web itu diambil sekitar tahun 2004 hingga 2013. Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri.
Tahun 2004 : Kuala Lumpur (KUL) – JNB
Traveller Roll dengan jem dan mentega, Smoothie Yogurt, Nasi lemak yang dihidangkan bersama sambal udang dan sayur kacang panjang, buah-buahan.
Tahun 2010 : KL – Narita
Nasi Lemak dengan rendang ayam dan sambal udang, ban, danish roll, buah-buahan, jem dan mentega, muesli bar.
Tahun 2011 : BKI – KUL
Nasi lemak dengan sambal udang, telur, buah.
Tahun 2013 : KUL – KIX
Nasi lemak sambal udang,buah,air.
Tahun 2014 : KUL – Bangkok
Nasi lemak, sambal, air mineral.