Berita mengejutkan industri perfileman Hollywood melibatkan kematian mengejut pemenang Academy Award, pelakon Philip Seymour Hoffman yang ditemui mati dipercayai akibat pengambilan heroin berlebihan di rumahnya di Greenwich Village, Brooklyn pada Ahad. Ketika mayat Hoffman dijumpai, jarum suntikan jenis hipodermik masih melekat pada pergelangan tangan pelakon itu.
Rakan baiknya, David Bar Katz membuat panggilan kecemasan pada pukul 11.30 pagi selepas dia dan seorang lagi temannya menjumpai Philip dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik air itu. Pada tempat kejadian, pihak polis menjumpai beberapa keping bekas plastik yang dilabel sebagai ‘Ace of Spades’ yang dipercayai jenis dadah yang tidak lagi di jual di Brooklyn sejak 2008. Tiada sebarang nota ditemui dan kematian pelakon itu dipercayai secara tidak sengaja.